Sunday, March 14, 2010

Projek Terbaru Untuk Tahun 2010

Pada tahun ini, kami akan mengeluarkan produk pertama Naz Impian.

Insyaallah akan memasuki pasaran tempatan di sekitar Jitra,Kedah dan mungkin KL sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Gambar2 produk dan juga premis perniagaan ini akan diupload nanti.

Stay with us for the suprise :)

Saturday, March 13, 2010

History of Naz Impian

Naz Impian Fesyen dimiliki sepenuhnya oleh Naz Impian Entreprise yang didaftarkan pada tahun 2000.

Setelah didaftarkan, Naz Impian Fesyen telah memulakan operasi di Langkawi dengan menyewa sebuah kedai kecil di kawasan Pekan Kuah. Pada masa itu, hanya dua orang pekerja yang bekerja di premis ini.

Antara perkhidmatan kami tawarkan pada masa itu adalah :
- alter pakaian
- menerima tempahan menjahit pakaian

Kami berjaya mengukuhkan syarikat ini di Langkawi selama 5 tahun, iaitu sehingga 2005. Pada tahun 2005, syarikat kami berpindah ke Bandar DarulAman, Jitra Kedah.

Syarikat ini telah berjaya memiliki sebuah kedai 2 tingkat yang baru dibina di Pusat Bandar Barat Bandar DarulAman, Jitra oleh DarulAman Realty Sdn. Bhd.

Perniagaan syarikat telah bermula disini dari 2005 hingga sekarang. Antara perkhidmatan dan barang yang dijual di premis kami adalah:
  • Alter pakaian
  • Jahit tepi biasa dan halus
  • Menerima tempahan (baju kurung, moden, melayu, gaun pengantin dan sebagainya)
  • Menyewa barangan untuk pertunangan dan perkahwinan
  • Menjual pelbagai barangan jahitan
  • Menjual pelbagai barangan perkahwinan
Kini kami mempunyai 6 orang pekerja di premis dan beberapa pekerja yang bekerja dari rumah. Perniagaan kami berkembang secara perlahan-lahan selama beberapa tahun, sehingga sekarang.